Karnival Usahawan PI Daerah Bau sempena Pesta Tasik Biru 2019

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Karnival Usahawan Pusat Internet (PI) Daerah Bau ini telah diadakan pada 29 November 2019 hingga 1 Disember 2019 sempena Pesta Tasik Biru 2019 yang bertempat di Dataran Tasik Biru, Bau Sarawak. Karnival usahawan ini telah dijalankan atas kerjasama PI yang terdapat di Daerah Bau iaitu PI Bogag, PI Krokong, PI Serasot, PI Sibuluh, PI Skio dan PI Tanjung Bowang.

Tujuan karnival usahawan ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan mendekatkan Pusat Internet Daerah Bau kepada komuniti Daerah Bau, mempromosikan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet, membantu usahawan sekitar Pusat Internet memperkenalkan dan memasarkan produk mereka di gerai usahawan tajaan PI Bau. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya bertanggungjawab serta berwaspada ketika melayari internet melalui kempen Klik Dengan Bijak, serta mendidik komuniti setempat tentang Kempen Check Your Label dan Mobile e-Waste. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang penutupan siaran TV analog dan juga memberi penerangan berkaitan MyFreeview kepada pengunjung.

Gerai usahawan PI juga telah dikunjungi oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PI sepanjang karnival usahawan tersebut adalah:
1) Jualan produk usahawan
2) Promosi Pusat Internet
3) Taklimat ringkas KDB Buli Siber & Oversharing
4) Kempen Advokasi Check Your Label & e-Waste
5) Kuiz atas talian melalui quizizz.com
6) Wordsearch Puzzle KDB
7) Kempen kesedaran ASO (MyFreeview)
8) Sesi Soalan Kuiz & Penyampaian Hamper

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali